SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada antarabangsa.
Sasaran utama Kementerian Pelajaran adalah untuk meletakkan semua SBT sebagai penanda aras dalam soal kecemerlangan pendidikan, supaya menjadi contoh dan teladan kepada semua sekolah di negara ini.
RASIONAL
Rasional menghargai dan memberi pengiktirafan SBT kepada sekolah adalah untuk:
a) Mengangkat Kualiti Sekolah-Sekolah Terbaik
- Meningkatkan kualiti pencapaian sekolah melalui peningkatan tahap autonomi untuk membolehkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pendidikan (contoh: pengurusan organisasi, pengurusan instruksional, pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia).
b) Menghasilkan Murid Cemerlang
- Menghasilkan murid cemerlang yang berkaliber antarabangsa supaya dapat melanjutkan pelajaran di institut pendidikan terbaik di dunia dan seterusnya menjadi personaliti unggul dalam semua bidang yang diceburi.
c) Merapatkan Jurang Antara Sekolah-Sekolah Dalam Sistem
- Menjadi inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan ke tahap yang lenih tinggi melalui penandaarasan, bimbingan dan jaringan dengan SBT.
Sekolah Berprestasi Tinggi telah membabitkan 10 sekolah berasrama penuh, empat sekolah menengah harian dan enam sekolah rendah seluruh Malaysia.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, penilaian pemilihan sekolah itu dibuat berdasarkan pencapaian menyeluruh mengikut kriteria ditetapkan, termasuk prestasi warga pendidik di sekolah berkenaan.
Sebelum ini, beliau menjelaskan sekolah berprestasi tinggi akan diberikan kelonggaran merencana pentadbiran terutama dalam menetapkan kurikulum, pemilikan bajet serta pengurusan kakitangan berasaskan pencapaian selaras usaha kerajaan mempromosikan persekitaran kerja berprestasi tinggi.
Mewujudkan sekolah berprestasi tinggi satu daripada komponen kecil Bidang Keberhasilan Utama Negara seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika membentangkan Bajet 2010.
10 Sekolah Berasrama Penuh di Malaysia
1. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
2. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban
3. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Kedah
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak
5. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban
6. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang
7. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
8. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis
9. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
10. Sekolah Menengah Sains Muzaffah Syah, Melaka.
4 Sekolah Menengah Harian di Malaysia
1. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) Sri Aman, Petaling Jaya
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Aminuddin Baki, Kuala Lumpur
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar
4. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan (P) St. George, Pulau Pinang
6 Sekolah Rendah di Malaysia
1. Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur
2. Sekolah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bahru
3. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1, Kuala Lumpur
4. Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Perak
5. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur
6. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru.
Apabila sekolah di atas tersenarai sebagai antara sekolah terbaik di Malaysia, sekolah-sekolah ini pastinya diberi autonomi tambahan untuk mewujudkan inovasi dalam pentadbiran sekolah dan bertujuan meningkatkan keberhasilan pelajar. Itu janji dan keistimewaan yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).
“Mengagihkan kewangan mengikut keperluan serta mengambil kakitangan berdasarkan pencapaian dan bukan kekananan”
